SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Saturday 22 June 2013

Karya Agung juga boleh dijadikan sumber kajian untuk Pbs 910/5

Untuk kertas 910/5,karya-karya agung Bahasa Melayu boleh dijadikan salah satu sumber kajian.Para pelajar yang memilih tajuk yang berkaitan dengan karya Agung boleh mengenal pasti novel-novel yang berkaitan.Penulis akan hasilkan entri tentang konsep karya agung dan contoh-contoh karya Agung untuk membantu pelajar membuat rujukan.

Friday 21 June 2013

KALENDAR PBS PRAU UNTUK PENGGAL 3

Tips Menghadapi PBS Bahasa Melayu 910/5 PENGGAL 3 2013

Nampaknya semua guru Bahasa Melayu telah didedahkan dengan pengendalian , kaedah pentaksiran dan kriteria pembahagian markah kajian ilmiah dan pembentangan oleh JU yang dilantik oleh MPM. Jangan stress...sebagai guru BAHASA MELAYU kita mesti meredah era transformasi ini dengan fikiran yang lapang. Penulis berpendapat untuk mengelakkan kelam kabut ada baiknya semua guru BM khususnya ketua Jabatan menyenaraikan dalam nota masing-masing apa yang perlu dibuat satu persatu. Dah selesai tandakan beres,Apa yangpenulis senaraikan bila pulang dari kursus kelmarin ialah:

1.Draf soalan paling kurang 20 soalan daripada dua tema yang telah ditetapkan.
2.Save semua borang yang perlu diguna oleh calon dalam microsoftword supaya para pelajar boleh taip nama kumpulan(nampak lebih kemas)
3.Sediakan tarikh-tarikh penting untuk kegunaan calon
4.Hari Ahad ni 23/6/2013 para pelajar enam atas yang ambil 910/5 perlu diberikan pendedahan.Perkara penting yang perlu diberitahu:
1.Bentuk kumpulan:-minimum 3 orang maksimum 4 orang.Pelajar perlu pilih sendiri rakan kumpulan mereka agar lebih serasi..
2.Undi tajuk supaya adil -panggil ketua kumpulan.
3.Dedah format penilaian penulisan dan pembentangan.
4.Pastikan pelajar beli fail khas untuk dijadikan fail perkembangan kerja kursus.Elok fai ini disimpan oelh guru subjek untuk elak guru berdebar pelajar tak buat kerja awal...
5.Beritahu mereka sila hantar sedikit demi sedikit hasil penulisan supaya guru pembimbing boleh terus betulkan kesalahan dan kaedah ini dapat mengelakkan mereka membuat kerja "last minute"
6.Para pelajar juga diarahkan menggunakan mel elektonik untuk memudahkan guru menyemak hasil kerja mereka.
7.Guru perlu menekankan soal pengurusan masa berkesan untuk mengelakkan pelajar stress.

Itu sahaja dulu ya...penulis pun sedang buat rujukan untuk gubal soalan bagi kegunaan para pelajar....

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL 3 2013

Thursday 20 June 2013

Pbs Bahasa Melayu 910/5

Bermula pula era sibuk para pelajar prau...penggal 3 ni subjek Bahasa Melayu ada Pbs lagi.Kali ni pelajar boleh pilih SATU daripada dua tema untuk dijadikan kajian.Tema tersebut ialah:
1.Morfologi
2.Variasi Bahasa
Kajian perlu dibentangkan pada bulan September nanti.Para pelajar perlu bijak mengurus masa kerana mereka juga ada tiga lagi subjek lain yang ada Pbs.Jika ada ruang penulis akan hasilkan entri yang mengandungi  beberapa panduan berguna menghadapi Pbs...
Langkah pertama penulis perlu siapkan tugasan penting iaitu 20 soalan untuk.Pbs Bahasa Melayu  SMKPC1.Bila dah siap barulah boleh bentuk kumpulan yang minimum 3 orang dan maksimum empat  orang.Sebelum tu para pelajar boleh muat turun panduan kepada calon melalui Portal Rasmi MPM.Sila baca dahulu panduan itu ya....

Wednesday 19 June 2013

Kursus Pemantapan Pbs Bahasa Melayu PraU

Gutu-guru Bahasa Melayu PPD KOTA BHARU dan Pasir Puteh sedang berkursus di SMK Melor. Sepanjang kursus yang berlangsung selama dua hari itu guru-guru yg terlibat didedahkan secara detail  tentang manual pengurusan pbs....

Tuesday 18 June 2013

Penggal 3 untuk pelajar 6 Atas dan Penggal Satu untuk pelajar 6 Rendah

Bagi para pelajar 6 Atas penggal ini adalah merupakan penggal yang penting kerana pada penggal inilah peluang terakhir untuk mereka menebus kelemahan yg lepas..