SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Tuesday, 9 April 2013

Kelebihan bersedekah....Sempena Esok -Pelancaran Tabung Masjid SMK PENGKALAN CHEPA 1

1.Para malaikat sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki org yg memberi sedekah.
2.Mengalahkan hasutan syaitan.
3.Memadam kemurkaan Allah S.W.T
4.Rawatan atau penyembuhan segala penyakit.
5.Meningkatkan kehormatan dan maruah pemberi sedekah.
6.Memperbaiki amalan sebelum mati.
7.Pelindung dari api neraka.
8.Menempah tempat di bawah bayangan Allah S.W.T.
9.Memberi keberkatan kepada si pemilik harta.
10.Melembutkan hati yg keras
11.Menyamankan pada masa kita di alam kubur dan memadam api dlm.kubur
12.Menghapuskan kesalahan dan dosa
13.Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala dan bencana
Sumber rujukan:Blog peribadi Rasulullah.

Wednesday, 3 April 2013

Ujian PBS Bahasa Melayu

Alhamdulillah...pada 4 April 2013..para pelajar prau sekolah ini selesai menghadapi lapan siri ujian Pbs Bahasa Melayu seperti yang diarahkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.Sekarang tiba masa untuk semua guru Bahasa Melayu menyempurnakan markah dan bersiap sedia untuk on line kepada MPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Ujian pertama dulu 17 Januari...

Thursday, 21 March 2013

BILA GURU JAUH HATI...

Bila guru jauh hati
dengan usianya yang matang
dia masih mampu menyulam senyum
kerna bila musibah melanda
anakdidiknya tak berjaya
lalu dikatakan guru yang tak tahu mengajar
bila anak didiknya di puncak jaya
pelajarlah yang bijaksana
lalu ada
yg mendabik dada
konon dialah hebat

Bila guru jauh hati
kerna manusia mudah lupa
sejarah yg terukir
Bila sesekali rebah
musibah itu muhasabah
 mungkin kerna bahana ketidakadilan
Kerna bila guru jauh hati
hanya tintanya mampu bicara
luka hatinya dari kejauhan 

kemarau setahun...
ranap dek hujan sehari
Betapa anak-anak didikku
mudah sungguh
kau lupakan
semua jasa-jasaku
semua pengorbananku 
untukmu
Dulu
Aku bagimu jambatan untuk ke seberang ...
Belajarlah anak didikku
membezakan antara permata dengan kaca....
Jangan kerna keegoan
kau memandangku dengan sebelah mata....