SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Thursday 28 February 2013

Inisiatif untuk memantapkan morfologi

Esei pbs tetap tak putus...tapi usaha untuk mantapkan bahagian morfologi adalah dengan cara membincangkan 150 soalan latihan bersama para pelajar.Semoga guru yg berlesen "L" seperti penulis dapat atasi kelemahan.Kepada anak didik yg dikasihi...pengalaman 25 tahun sebagai pendidik adalah antara  panduan untuk atasi kelemahan.Bila bincang soalan tu, nampak jelas masalah yg timbul.Lepas ni...tak cukup siang,kita buat kelas malam.Tunggu..

Kenangan

Wednesday 27 February 2013

Ujian Pbs 5

Ujian Pbs 5 Bahasa Melayu 910/4 diadakan serentak pada 28 Feb 2013.

Tuesday 26 February 2013

Ujian PBS 5

Para pelajar prau Smkpc1 akan menghadapi ujuan Pbs yang ke 5 pada hari Khamis 28 Feb 2013.Ujian kali ini ialah esei format memorandum.Kepada para pelajar selamat menghadapi ujian dan kepada rakan-rakan dalam Jabatan Bahasa termssuk penulis...selamat memeriksa kertas..Semoga Allah memberikan kita kesihatan yg baik untuk menyempurnakan tugasan ini...

Sunday 24 February 2013












Majlis Perkongsian ilmu

Dalam majlis ini juga penulis sempat  selitkan tentang Pbs Prau...leraikan silap faham tentang pbsprau. ..

Bersama dengan Pengetua SMKPC 2

Berkongsi pengalaman dengan guru -guru dan para pelajar SMKPC 2 tentang NILAM...terima kasih Pengetua SMKPC 2  Puan Hjh Siti Hawa bt Mat   dan jawatankuasa Pss...terharu dengan layanan. .semoga isi ceramah yg penulis sampaikan tadi boleh membantu walau cuma sekelumit...

Friday 22 February 2013

Bahan Untuk Ceramah di SMKPC 2




Biodata Penulis

Biodata ini terpaksa penulis berikan kepada SMKPC 2 yang menjemput penulis untuk menyampaikan ceramah rahsia kejayaan SMKPC 1 mencapai kedudukan beberapa tahun dalam pertandingan nilam...sekadar perkongsian.................................................................................................. 

Kenangan pada hari perasmian

Pada hari perasmian Program Anjakan Minda Pbs Prau

Syukur Alhamdulillah...Semuanya dengan izin Allah...

Thursday 21 February 2013

Guru Geografi Prau yang berpengalaman

Pn Hjh Zainun Abdullah..Guru Prau Dg 52 yang dedikasi...beliau antara guru prau yang "turun padang" membantu membangunkan bilik gerakan Pbs Prau. ..
Beliau antara  guru yang sponsor untuk majlis jamuan pada 21Feb..Terima kasih kak Nun..memang benarlah kata pepatah..ular menyusur akar takkan hilang bisanya...Semoga Allah memberkati hidup kak Nun dan dimurahkan rezeki....

Lambang permuafakatan

Memang benar...seberkas lidi lebih baik daripada sebatang lidi..tahniah kepada pengurusan tingkatan enam di bawah pimpinan Pn Hjh Azizah...

Majlis kesyukuran sempena perasmian bilik gerakan Pbs Prau

Salah satu pengisian Program Anjakan Minda Pbs ialah perasmian bilik gerakan Pbs Prau...jamuan ringkas tanda kemesraan...

Pk Tingkatan Enam bersama Guru-guru Prau

Dari kiri ialah Pn Hjh Noora, ketua jabatan Ekonomi dan ketua warden asrama,Pn Noraza, setiausaha Jabatan Sastera dan Penyelaras MPP,boss kami Pn Hjh Azizah, PK Tingkatan Enam yang selalu ceria dan yang yang akhir tu ialah penulis...

Laporan ucapan perasmian

Tuan Hj Abdul Aziz bin Che Ali dalam ucapan perasmiannya kelmarin menyeru para pelajar prau memanfaatkan kemudahan ICT kerana pada zaman ledakan teknologi maklumat ini mereka yang tidak berdaya saing akan ketinggalan.Selain itu, beliau juga menegaskan para pelajar prau SMKPC 1 agar jangan sekali-kali terlibat dan terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang yang cuba menggunakan isu royalti minyak.Tuan Pengetua yang berpengalaman luas sebagai guru Sejarah menjelaskan secara detail sejarah isu royalti minyak di Kelantan.Memang benar pengalaman sebagai guru veteran memudahkan para pelajar memahami dengan jelas isu yang digarap.Sesungguhnya Tuan Pengetua mempunyai aura gaya penyampaiannya yang tersendiri yg membantu memudahkan audiens faham...guru -guru perlu belajar gaya ni...

Laporan Majlis Perasmian Program Anjakan Minda Pbs Prau 2013

Alhamdulillah...majlis yang dirancang selamat direalisasikan.Berkat semangat kerja berpasukan dan sokongan moral yang padu daripada barisan pentadbir...
Laporan bergambar sepenuhnya tak dapat dibuat kerana banyak gambar guna kamera sekolah..tak sempat nak ambil memory card dengan cikgu Abdullah Seman kelmarin ..hanya gambar yg ada dalam Galaxy Note penulis dapat dimuatnaik...sabar ya rakan-rakan guru prau tentu tak sabar nak tengok. ..

Wednesday 20 February 2013

Renungan...

Bekas pelajar prau beritahu penulis inilah antara kata-kata yang dia tak pernah lupa...saya selalu kongsi kata-kata ini dalam proses pdp dulu...

TRANSFORMASII TUGAS DALAM KERJAYA,,, http://pbsprausmkpc1.blogspot.com/2013/01/transformasii-tugas-dalam-kerjaya.html

SEMOGA MAJLIS ILMU ESOK DIBERKATI...

Esok...majlis perasmian Program Anjakan Minda Pbs  Prau...dalam majlis ini InsyaAllah blog Pbs akan dirasmikan....

Saturday 16 February 2013

Friday 15 February 2013

Buku yang menarik untuk dikongsi bersama

Membaca adalah antara pengubat hati...jom anak-anak prau...

Nasib Seorang Guru Prau

Dulu
Dengan jasad kerdilku
Janjiku tak akan undur
Dua tugas ku pikul...
Satu jadi Guru Pustaka Media
Dengan sejuta pahit manisnya...
Dengan sejuta kalutnya...

Nilamku gilap tanpa jemu...
Guru akademik Prau pun ku terima
Aku pun jadi ketua jabatan...
Suara sinis tak ku endah
Kerna darah pendidik
Barangkali
aura darah arwah ayah..
Mantan tokoh guru daerahku..

Meskipun..
Pedih terasa
suara sumbang berkata
Hargai dg48 ku kerana prau
Lalu
Bergelutlah..aku bertahun-tahun
Bersandarkan kesabaran dan kesyukuran..

Kini...daun selasih hamba lurutkan...
Demi kasih hamba turutkan...
Ku lontar diri di hujung sana...
Namun nekad   ku tabur jasa
Dari jauh..
Biar sendu

Kini 
aku hanya guru akademik prau
Bergelumang dengan esei beribu kata
Yang tak mungkin difahami
Oleh mereka yang prejudis dan berkata
Kononnya guru prau goyang kaki
Aku terkadang terbangun jam 1pagi
Berbicara sendu dengan fail anak didikku
Duhai insan yang tak empati....
Jangan kerana...
Nila setitik
Rosak susu sebelanga....





Thursday 14 February 2013

Pelajar prau perlu diberi pendedahan pelbagai kemahiran

Program ini perlu dilancarkan segera agar pelajar prau tidak leka...hanya masa yang menentukan...

Carta Organisasi yang termampu

Dulu di Pss order carta organisasi yang gah...kini kena guna kreativiti nak jimat kos sebab unit pbs prau ni unit kecil di sekolah...tak apalah...rumah dah jadi pejabat saya kini...cuti ni banyak kerja siap...
Pada zaman ICT ni maklumat di hujung jari...kepada wanita berkerjaya...banyak kerja sebenarnya boleh dilakukan dari rumah sambil melayan kerenah anak-anak...
Saya ni ada 4 lagi anak lelaki yang sedang membesar...dua daripadanya anak yatim.Anak yatim yang umur 9 tahun tu hanya kenal ayahnya melalui gambar.Arwah ayahnya meninggal masa dia umur 19 hari.
Semua ini menjadi sumber kekuatan untuk saya bekerja keras...Marilah kita sebagai rakyat Malaysia dan hamba Allah bersyukur..ramai lagi yang bernasib malang...

Tuesday 12 February 2013

Post mortem kertas 910/4

Hey, I just downloaded WhatsApp Messenger on my Android. It is a smartphone messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multimedia! WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan. Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS!

Bicara blog

Pendatang Asing Tanpa Izin

Pendatang Asing Tanpa Izin by

Nota Morfologi

Nota Fonologi

Nota BM

NOTA BM by

Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil

Masalah Rokok

Masalah Pembuangan Bayi Makin Menjadi

Masalah Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Di Sekolah

Keburukan Makanan Ringan

Kadar jenayah Babit Pelajar

Jenayah ragut di Malyasia

Analisis kesalahan Bahasa

Monday 11 February 2013

Memori kasih Bonda


Hening malam ini
Aku jadi terlalu sendu
Mengenang kasih sucimu
Yang tak pernah surut
......
Moga
Rohmu tenang di sana
Jasa murnimu
Mengusik nostalgia
Rindu airtangan bonda
Rindu prihatin bonda
Namun...
Segalanya
Tinggal.memori....
Di sini...
Hanya kasih suci putera dan puteri...
Jalinan kasih manusia
Hanya bertopeng harta. .
Semakin aku terasa...
Kasih bonda tak ternilai harganya...
Kerna...
Kaulah teman setia tatkala aku diulit duka...
AlFatihah untuk bonda...

Sunday 10 February 2013

Kertas kerja terakhir sebelum letak jawatan Gpm

Terima kasih Pengetua..hari terakhir sebelum terima surat petrmohonan letak jawatanku diluluskan...bila diajukan kertas kerja Ke Arah Pss Alaf 21....beliau sudi luluskan...inilah antara hasilnya....tinggal kenangan....

Pandangan depan bilik pbs prau

Inilah bilik gerakan Pbs Prau SMKPC1...

Saturday 9 February 2013

Buku yg menarik untuk dibaca

Jom baca. ..cuti ni orang lain melancong...tapi buku juga jadi teman setia...

Tiba-tiba teringat program Pss 2013 yg dilancar hujung 2012

Semuanya tinggal kenangan...moga NILAM terus bersinar tanpa diriku...semua org boleh lakukannya bila diberi peluang...

Rak showcase pelajar

Rak untuk rekod markah Bahasa Melayu 910/4 sedang menunggu. ..buka cuti ni guru-guru Bm perlu bersedia untuk pemantauan....

Fail pengurusan pbs prau

Alhamdulillah...hari ni dah siap sempurnakannya....

Tuesday 5 February 2013

Rak lama diberi nafas baru

S/u terjumpa rak lama yg terbiar...tak apalah...apabila diberikan sedikit "sentuhan"nampak lebih bermaya dan ceria...gembira hari ni dapat merealisasikan sudut bahan rujukan pbs...alhamdulillah....

Peperiksaan Pbs 910/4 kali ke 4

Para pelajar prau sedang menjawab soalan esei. .kali ni format teks ucapan.
Ujian yg diadakan pada hari Rabu 6 Feb berjalan lancar.

Guru Bm tekun menyemak kertas 910/4

Pn Habibah Mohamed,Guru kanan ko prau tekun menyemak kertas 910/4...itulah jiwa pendidik yg sebenarnya....