SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Tuesday 5 February 2013

Rak lama diberi nafas baru

S/u terjumpa rak lama yg terbiar...tak apalah...apabila diberikan sedikit "sentuhan"nampak lebih bermaya dan ceria...gembira hari ni dapat merealisasikan sudut bahan rujukan pbs...alhamdulillah....

Peperiksaan Pbs 910/4 kali ke 4

Para pelajar prau sedang menjawab soalan esei. .kali ni format teks ucapan.
Ujian yg diadakan pada hari Rabu 6 Feb berjalan lancar.

Guru Bm tekun menyemak kertas 910/4

Pn Habibah Mohamed,Guru kanan ko prau tekun menyemak kertas 910/4...itulah jiwa pendidik yg sebenarnya....

Program Anjakan Minda Pbs Prau akan menyusul

Alhamdulillah..kertas cadanganku telah disemak oleh  Pk tingkatan enam, Pn Hjh Azizah Abdullah dan telah dipersetujui oleh Tuan Pengetua,Tuan Hj Abdul Aziz bin Che Ali..semoga Allah memberikan kesihatan yg baik untuk menyempurnakannya....

Dari PSS ke PBS PRAU...

Jadi perintis mewujudkan bilik gerakan pbs prau ni agak mencabar juga...bilik ni perlu diberi sentuhan baru...

Perpisahan yg amat menyedihkan...

Maafkan saya Tuan Pengetua dan Pkp...permohonan meletak jawatan ini ibarat berpisah kerana terpaksa...siapa yg tak sedih..berbelas tahun menghabiskan usia mengabdikan diri di sini...semoga Pss SMKPC1 terus gemilang dengan sentuhan emas guru yg lebih muda dan berkebolehan...Maaf.....

Ruang meja penilai daerah@negeri

Satu sudut khas telah disediakan untuk penilai daerah@negeri yg akan mula berkunjung hujung Feb. ini....

Sudut informasi pbs prau

Antara sudut informasi di bilik gerakan pbs prau SMKPC1

Mesyuarat Pbs prau kali pertama 2013

Mesyuarat pbs prau kali pertama telah diadakan pada 29 Januari 2013 di bilik mesyuarat baharu SMKPC1.

Fail tugasan esei pelajar yang perlu disemak

Inilah timbunan fail esei pelajar yang perlu disemak.Pbs ni banyak memberikan kesan positif kepada pelajar...cuma guru BM agak stress...tak apalah...anggap sebagai amal jariah...hati jadi sejuk...cuma kepada mereka yg mengatakan guru-guru prau tak ada kerja..mohon mengertilah...kami bangun jam 1 pagi untuk semak kertas pelajar kerana tempoh masa pemantauan semakin hampir...Semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik demi anak didik tercinta....

Peperiksaan Pbs 910/4 kali ketiga

Ujian Pbs kertas 910/4 Bahasa Melayu telah diadakan serentak.Kali ni para pelajar prau menulis esei berformat jenis syarahan.