SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Friday 21 June 2013

KALENDAR PBS PRAU UNTUK PENGGAL 3

Tips Menghadapi PBS Bahasa Melayu 910/5 PENGGAL 3 2013

Nampaknya semua guru Bahasa Melayu telah didedahkan dengan pengendalian , kaedah pentaksiran dan kriteria pembahagian markah kajian ilmiah dan pembentangan oleh JU yang dilantik oleh MPM. Jangan stress...sebagai guru BAHASA MELAYU kita mesti meredah era transformasi ini dengan fikiran yang lapang. Penulis berpendapat untuk mengelakkan kelam kabut ada baiknya semua guru BM khususnya ketua Jabatan menyenaraikan dalam nota masing-masing apa yang perlu dibuat satu persatu. Dah selesai tandakan beres,Apa yangpenulis senaraikan bila pulang dari kursus kelmarin ialah:

1.Draf soalan paling kurang 20 soalan daripada dua tema yang telah ditetapkan.
2.Save semua borang yang perlu diguna oleh calon dalam microsoftword supaya para pelajar boleh taip nama kumpulan(nampak lebih kemas)
3.Sediakan tarikh-tarikh penting untuk kegunaan calon
4.Hari Ahad ni 23/6/2013 para pelajar enam atas yang ambil 910/5 perlu diberikan pendedahan.Perkara penting yang perlu diberitahu:
1.Bentuk kumpulan:-minimum 3 orang maksimum 4 orang.Pelajar perlu pilih sendiri rakan kumpulan mereka agar lebih serasi..
2.Undi tajuk supaya adil -panggil ketua kumpulan.
3.Dedah format penilaian penulisan dan pembentangan.
4.Pastikan pelajar beli fail khas untuk dijadikan fail perkembangan kerja kursus.Elok fai ini disimpan oelh guru subjek untuk elak guru berdebar pelajar tak buat kerja awal...
5.Beritahu mereka sila hantar sedikit demi sedikit hasil penulisan supaya guru pembimbing boleh terus betulkan kesalahan dan kaedah ini dapat mengelakkan mereka membuat kerja "last minute"
6.Para pelajar juga diarahkan menggunakan mel elektonik untuk memudahkan guru menyemak hasil kerja mereka.
7.Guru perlu menekankan soal pengurusan masa berkesan untuk mengelakkan pelajar stress.

Itu sahaja dulu ya...penulis pun sedang buat rujukan untuk gubal soalan bagi kegunaan para pelajar....

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL 3 2013