Para pelajar 6A4 membentangkan kerja kursus mereka dengan menggunakan power point.
Friday, 13 September 2013
Bilik Gerakan Pbs Prau turut menyemarakkan suasana kemerdekaan
Premis bilik geran pbsprau tidak ketinggalan enghias premis dengan Jalur Gemilang dan info kemerdekaan sebagai bukti rasa cinta akan negara.Bersama kita hargai kemerdekaan negara....
Program Guru Muda Jabatan Bahasa
Program ini melatih para pelajar berketrampilan dan memupuk keyakinan diri.Pengisian program ini menyuntik nilai positif kerana mereka perlu membuat rujukan bagi laras yang ditetapkan oleh guru,membentang dalam bentuk power point dan bersedia untuk menjawab soalan daripada rakan sebaya.Budaya membaca juga dapat disuntik dalam kalangan para pelajar prau melalui program ini.
Program Penggunaan akhbar anjuran Jabatan Bahasa Unit Prau
Penggal satu ini amat mencabar bagi para pelajar enam bawah kerana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, mereka perlu menulis esei laras isu semasa yang jumlah perkataannya 600 hingga 650 patah perkataan.Jabatan Bahasa menyedari bahawa budaya membaca bahan ilmiah perlu dibajai segera agar para pelajar tidak kecundang pada penggal satu ini....Sehubungan dengan itu,para pelajar 6 bawah diwajibkan melanggan akhbar pada hari Isnin dan Khamis.
Bimbingan kaedah berkesan memanfaatkan akhbar telah diberikan oleh guru-guru Bahasa Melayu.Semoga inisiatif ini memberi impak positif kepada para pelajar.
Bimbingan kaedah berkesan memanfaatkan akhbar telah diberikan oleh guru-guru Bahasa Melayu.Semoga inisiatif ini memberi impak positif kepada para pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)