SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Friday, 15 February 2013

Nasib Seorang Guru Prau

Dulu
Dengan jasad kerdilku
Janjiku tak akan undur
Dua tugas ku pikul...
Satu jadi Guru Pustaka Media
Dengan sejuta pahit manisnya...
Dengan sejuta kalutnya...

Nilamku gilap tanpa jemu...
Guru akademik Prau pun ku terima
Aku pun jadi ketua jabatan...
Suara sinis tak ku endah
Kerna darah pendidik
Barangkali
aura darah arwah ayah..
Mantan tokoh guru daerahku..

Meskipun..
Pedih terasa
suara sumbang berkata
Hargai dg48 ku kerana prau
Lalu
Bergelutlah..aku bertahun-tahun
Bersandarkan kesabaran dan kesyukuran..

Kini...daun selasih hamba lurutkan...
Demi kasih hamba turutkan...
Ku lontar diri di hujung sana...
Namun nekad   ku tabur jasa
Dari jauh..
Biar sendu

Kini 
aku hanya guru akademik prau
Bergelumang dengan esei beribu kata
Yang tak mungkin difahami
Oleh mereka yang prejudis dan berkata
Kononnya guru prau goyang kaki
Aku terkadang terbangun jam 1pagi
Berbicara sendu dengan fail anak didikku
Duhai insan yang tak empati....
Jangan kerana...
Nila setitik
Rosak susu sebelanga....





Thursday, 14 February 2013

Pelajar prau perlu diberi pendedahan pelbagai kemahiran

Program ini perlu dilancarkan segera agar pelajar prau tidak leka...hanya masa yang menentukan...

Carta Organisasi yang termampu

Dulu di Pss order carta organisasi yang gah...kini kena guna kreativiti nak jimat kos sebab unit pbs prau ni unit kecil di sekolah...tak apalah...rumah dah jadi pejabat saya kini...cuti ni banyak kerja siap...
Pada zaman ICT ni maklumat di hujung jari...kepada wanita berkerjaya...banyak kerja sebenarnya boleh dilakukan dari rumah sambil melayan kerenah anak-anak...
Saya ni ada 4 lagi anak lelaki yang sedang membesar...dua daripadanya anak yatim.Anak yatim yang umur 9 tahun tu hanya kenal ayahnya melalui gambar.Arwah ayahnya meninggal masa dia umur 19 hari.
Semua ini menjadi sumber kekuatan untuk saya bekerja keras...Marilah kita sebagai rakyat Malaysia dan hamba Allah bersyukur..ramai lagi yang bernasib malang...