SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Thursday, 21 March 2013

BILA GURU JAUH HATI...

Bila guru jauh hati
dengan usianya yang matang
dia masih mampu menyulam senyum
kerna bila musibah melanda
anakdidiknya tak berjaya
lalu dikatakan guru yang tak tahu mengajar
bila anak didiknya di puncak jaya
pelajarlah yang bijaksana
lalu ada
yg mendabik dada
konon dialah hebat

Bila guru jauh hati
kerna manusia mudah lupa
sejarah yg terukir
Bila sesekali rebah
musibah itu muhasabah
 mungkin kerna bahana ketidakadilan
Kerna bila guru jauh hati
hanya tintanya mampu bicara
luka hatinya dari kejauhan 

kemarau setahun...
ranap dek hujan sehari
Betapa anak-anak didikku
mudah sungguh
kau lupakan
semua jasa-jasaku
semua pengorbananku 
untukmu
Dulu
Aku bagimu jambatan untuk ke seberang ...
Belajarlah anak didikku
membezakan antara permata dengan kaca....
Jangan kerna keegoan
kau memandangku dengan sebelah mata....



BERSAMA MUHASABAH DIRI


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.





Tujuan Solat Tahajjud
.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)










1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/niat-solat-tahajjud-sq.png?w=342&h=65&h=56(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali: 4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud

 


.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:   Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-selepas-salam-tahajjud-sq.png?w=505&h=380&h=337

 


6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.
KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD
.
1.       Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.       Doa dimakbulkan Allah.
3.       Memperolehi ketenangan jiwa.
4.       Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.       Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
1.       Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
2.       Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
3.       Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
4.       Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
5.       Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
6.       Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
7.       Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
8.      Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
9.       Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
10.   Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
11.    Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
12.    Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
13.    Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
1.       Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2.       Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3.       Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4.       Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

ÙˆَالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒَÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهُ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡
















http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/solat-tahajjud-sq3.png?w=125&h=182Firman Allah SWT.:
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjudlat Tahajjud



  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.












Wednesday, 20 March 2013

BERKONGSI PENGALAMAN KEJAYAAN ORANG LAIN...


Solat tahajud rahsia kejayaan 2 pelajar STPM

NOR Syamimi Mohd. (kiri) dan Nurul Huda Abdullah menunjukkan keputusan peperiksaan STPM masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, semalam.


BESUT 10 Mac - Mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran pada awal pagi antara rahsia kejayaan dua pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan hari ini.
Bagi dua sahabat karib, Nor Syamimi Mohd. dan Nurul Huda Abdullah, amalan yang dilakukan setiap kali sebelum menelaah pelajaran itu mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Nor Syamimi, anak kepada seorang buruh di Pejabat Hutan Besut memperoleh 5A dalam keputusan yang diumumkan hari ini bagi mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah manakala 1A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Anak kedua daripada tujuh beradik kepada pasangan Mohd. Mat Saman dan Siti Khalijah Mohd. Yusof, seorang guru Kemahiran Hidup itu muncul salah seorang pelajar terbaik negeri Terengganu dalam STPM 2008 yang diumumkan hari ini.
Rakannya, Nurul Huda yang memperoleh 4A 1B iaitu A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah manakala B dalam Bahasa Arab turut muncul antara lima pelajar terbaik STPM di negeri ini.
Kejayaan kedua-duanya juga menjadi kebanggaan warga sekolah tersebut.
Nor Syamimi yang bercita-cita menjadi pensyarah berkata, dia selalu memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar dalam kelas dan rajin bertanya jika ada masalah atau sukar memahami pelajaran.
Menurutnya, kumpulan belajar yang diwujudkan sesama pelajar di sekolah juga membantunya untuk menguasai banyak ilmu dan kemahiran belajar yang diperlukan.
Nurul Huda yang merupakan anak keempat daripada 10 beradik kepada pesara Juruteknik Padi Beras Nasional (Bernas) juga mengamalkan perkara yang sama untuk memperoleh kejayaan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm##ixzz2NIHiJ860

UJIAN PBS KE 7

Hari ini, 21 Mac 2013 para pelajar prau SMKPC1 menghadapi ujian PBS ke 7.Format ujian kali ini ialah karangan format kertas cadangan.

Monday, 18 March 2013

HANYA GURU YG MENGAJAR DI DALAM KELAS YG TAHU...

Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul..

KEPUTUSAN STPM 2012

Kenyataan meskipun pahit perlu kita terima, keputusan STPM 2012 adalah yang terburuk dalam sejarah penubuhan tingkatan enam sekolah ini.Walau bagaimanapun kami barisan guru prau tetap tabah hadapi cabaran ini...semangat perlu kuat..jika zaman prau cemerlang dulu guru-guru yg sama juga mengajar..maknanya ada sesuatu yg perlu semua pihak muhassabah...

Kenangan Program Utuh Sahsiah Anjuran unit Prau

Penulis mengambil kesempatan mengabadikan memori bersama YM Pn Hjh Tn Khatimah,Guru Muet Prau yang berpengalaman....
Syabas Pn Hjh Azizah. PK Tingkatan Enam...program ini banyak  memberi impak positif kepada jati diri para pelajar prau...
Pemandangan tenang di Tok Selehor, Tumpat. ..kem yg dibina di tepian sungai  amat mengusik hati...sebenarnya sejak dulu..sejak kecil..saya impikan banglo dengan persekitarannya  riverview...tenang...dan damai..apapun Thank You Allah...

Sunday, 17 March 2013

Perubahan "washroom"apabila diberi sentuhan...

Di dalam bilik pbs prau tu ada satu washroom lama...penulis fikir washroom ni perlu diberi sedikit sentuhan agar ada aura...jika suasana kondusif rasanya tak la rasa seram sangat bekerja di sini...macam mana...anda percaya tak washroom ni wujud di SMKPC1?

Tangisan gembira detik paling bahagia

Beginilah situasi paling bahagia bagi Mohd Fauzan bin Musa yg mendapat 4A 1B...tersentuh hati..penat jerih pelajar gigih ini kini membuahkan hasil...SYABAS FAUZAN...Kami amat berbangga dan tumpang gembira atas pencapaian kamu....

Wajah pelajar cemerlang STPM 2012

Mohd Fauzan Musa...kami amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anda...4A1B...

Friday, 15 March 2013

Tertarik dengan catatan ini..

Peringatan untuk diri kita yang sentiasa lalai...masa di bangku sekolah dulu semua yang indah menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh agar menara gading menjadi kenyataan...
Apabila dah berjaya moga tidak lalai...

Wednesday, 13 March 2013

Ujian Pbs kali ke 7

Ujian Pbs kali ke 7 akan diadakan pada hari Rabu 20hb Mac 2013. Pada kali ini format esei ialah kertas cadangan. Semoga para pelajar prau bersedia...ada satu lagi esei sebelum kita menghadapi peperiksaan pada Mei nanti.

Perkongsian sejarah sistem pengautomasian Pss Smkpc1

Penggunaan sistem automasi terdapat pelbagai versi...seperti model telefon...sentiasa berubah mengikut peredaran zaman...
Tahun 2001-Smkpc1 mula guna automasi sistem yg dibeli hanya Rm 100
2002-guna sistem automasi barcode dari BTPN JOHOR rm 400
2006-Guna s-lib
Proses perpindahan ke bangunan baru 2012 gangguan
2013-zaman pengurusan Gpm baru....PS SENTRAL...

Penolong Kanan Prau -Pn Hjh Azizah bt Abdullah

Bilik Gerakan Pbs Prau ini diwujudkan atas ilham dan sokongan beliau...penulis dengan izin Allah hanya membantu merealisasikannya...seadanya...