SELAMAT DATANG KE LAMAN PBS PRAU SMK PENGKALAN CHEPA 1

Thursday, 23 May 2013

PENGISIAN WAKTU CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah sudah menjelang...kepada para pelajar enam atas yng mempunyai hasrat untuk ke menara gading sila manfaatkan cuti ini dengan membaca...jadikan membaca sebagai satu budaya....

Monday, 13 May 2013

Pemantauan PBS PENGAJIAN AM 900/4

Hari ini bilik operasi Pbs PraU dikunjungi oleh Pemantau Negeri(PN) ,Pn Hjh Hartini  bt Ibrahim dari SMK Kota untuk memantau pelaksanaan PBS STPM 2013 bagi subjek PENGAJIAN AM.Pemantauan akan diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan berakhir esok 15MEI 2013.

Sunday, 12 May 2013

Pemantauan PBS Sejarah kertas 4

Hari ini bilik PBS PRAU dikunjungi oleh Penilai Negeri Kertas Sejarah 4,Pn.Hjh Noraini yang juga merupakan Penolong Kanan Prau SMK Kota.Pemantauan akan diadakan dua hari bermula hari ini hingga ke 13 MEI 2013.

Wednesday, 8 May 2013

Pemantauan Pbs Bahasa Melayu 910/4

Penyelaras Bahasa Melayu Negeri(PN),Tn.Hj Abdul Aziz Mohamad sedang menjalankan tugas pemantauan pelaksanaan Pbs di bilik Pbs Prau.Pemantauan bermula 8MEI hingga 9MEI 2013.

Monday, 6 May 2013

PEMBENTANGAN PBS SEJARAH STPM 2013

Pelajar sedang membentangkan hasil kajian mereka di hadapan penilai.Markah telah disempurnakan. ..pbs  mencungkil bakat terpendam para pelajar prau...

Kelebihan Universiti Malaya


KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) akan memperketat syarat kemasukan pelajar baru bermula sesi pengambilan September ini, kata Naib Canselornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.
Beliau berkata bagi kursus kritikal seperti perubatan, pergigian dan sebagainya, UM menetapkan pelajar lepasan matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)maksimum 4.00 manakala bagi bidang sastera perlu memperoleh keputusan 3.50.
Keputusan itu dibuat berdasarkan penganugerahan status autonomi yang diberikan kerajaan kepada beberapa institusi pengajian tinggi awam termasuk UM, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Karyawan Tamu di Galeri Seni UM di sini, Jumaat.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bulan lepas mengumumkan pemberian kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar kepada lima buah universiti.
Universiti tersebut adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. “Kita akan keluarkan satu sistem yang memberikan kebebasan kepada pihak universiti untuk tentukan kriteria pengambilan pelajar tanpa perlu mengambil kira kriteria Bahagian Pengajian Tinggi. Dengan ini kita boleh laksanakan sistem meritokrasi dengan lebih berkesan dan ini bermakna pemilihan akan lebih ketat dalam menentukan pelajar yang layak masuk ke UM sebab kita hanya mahu pelajar yang betul-betul cemerlang sahaja,” kata Dr Ghauth.
Mengulas mengenai kuasa autonomi yang diberikan kerajaan, beliau melihat kebebasan yang diberikan itu sebagai satu peluang untuk menjadikan UM lebih cemerlang pada masa akan datang.
“Untuk kita cemerlang dan berjaya, itu ada syaratnya pula iaitu perlu lebih berkebolehan untuk menjana wang kerana di bawah autonomi jika kita ada wang sendiri kita boleh buat apa saja termasuk penyelidikan, membawa lebih ramai pakar seperti penerima anugerah Nobel misalnya dan sebagainya demi kecemerlangan UM,” katanya.
Mengenai saingan dengan pusat pengajian tinggi awam lain dalam mendapatkan pelajar cemerlang, beliau berkata beliau yakin UM memiliki kelebihan berbanding universiti lain terutama dari segi reputasi kerana UM merupakan antara 200 universiti terbaik dunia.
Pameran selama 28 hari tu bermula pada 2 Feb lepas mempamerkan 45 hasil karya seni lukisan dari tiga orang karyawan tamu UM iaitu Juhari Said, Yusof Gajah dan Maamor Jantan. -BERNAMA

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,–}—-
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.





Lampu Nostalgia

Terima kasih Tn Pengetua..kerana mengizinkan lampu tua ini diabadikan pula di bilik Pbs PraU....lampu ini  banyak mengingatkan penulis kepada kenangan pahit dan manis membangunkan premis"glamour" di SMKPC1...ya...kita dah rasa pahit..kita dah rasa manis...dah lama kita rasa bagaimana indah tak tidur mlm kerana nak siap kerja...bukan setahun dua tahun ni...tapi 26 tahun yg lalu.....jika ada org bercakap penatnya...kita dah lama rasa jam 6 petang baru boleh jamah makanan...kita dah rasa peluh menitik di kaki...
Kita juga dah rasa seronoknya bekerja hingga terlupa luka pembedahan di perut belum sembuh sepenuhnya tapi berlari kerana mengejar masa...rindunya masa itu kerana Allah telah memberi kekuatan...kepada guru-guru junior...sesungguhnya keseronokan bekerja sangat indah bila kita ingati kata-kata Prof Muhaya Yassin:
SEMUA PEKERJAAN HENDAKLAH DINIATKAN KERANA ALLAH..ALANGKAH SIA-SIANYA SEBUAH NYAWA JIKA BUAT SESUATU ADALAH UNTUK MENDAPAT PENGHARGAAN MANUSIA...
TERIMA KASIH ALLAH...JELMAKANLAH KEBERKATANMU DENGAN MEMBERI KEJAYAAN KEPADA ANAK-ANAK DAN ANAK DIDIKKU....

Thursday, 2 May 2013

Singgah sekejap

Hmm..lama tak menulis...banyak kekangan..tapi sempat menulis diari je...April memang amat sibuk...memeriksa evidens pelajar yang tak putus...penulis pula dilantik menjadi fasilitator tokoh Nilam negeri untuk bertanding ke peringkat kebangsaan...
3 hari di BTPN dan SMKANaim beri kepercayaan hantar pelajarnya untuk dapat bimbingan di SMKPC1...
Bilik Pbs pula perlu dilengkapkan kerana ada pemantauan...
Alhamdulillah...Dua orang tokoh Nilam Bahasa Melayu yang dilatih berjaya termasuk dalam Top 5 peringkat kebangsaan...memang dua orang ni pelajar pintar...tapi ini adalah sejarah...dua otg serentak tergolong dalam top 5...
Suami sakit..anak tak sihat...kerja banyak nak kena selesai walau ada org kata apalah yang ada pada bilik PBS PRAU...jom mari sini....tengok sendiri. .....
Ari ni....2Mei 2013...genap 26 tahun penulis jadi cikgu...