Beliau berkata bagi kursus kritikal seperti perubatan,
pergigian dan sebagainya, UM menetapkan pelajar lepasan matrikulasi atau Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK)maksimum 4.00 manakala bagi bidang sastera perlu memperoleh
keputusan 3.50.
Keputusan itu dibuat berdasarkan penganugerahan status
autonomi yang diberikan kerajaan kepada beberapa institusi pengajian tinggi
awam termasuk UM, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Karyawan
Tamu di Galeri Seni UM di sini, Jumaat.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin
bulan lepas mengumumkan pemberian kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi
urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan
pelajar kepada lima
buah universiti.
Universiti tersebut adalah Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan
Universiti Teknologi Malaysia. “Kita akan keluarkan satu sistem yang memberikan
kebebasan kepada pihak universiti untuk tentukan kriteria pengambilan pelajar
tanpa perlu mengambil kira kriteria Bahagian Pengajian Tinggi. Dengan ini kita
boleh laksanakan sistem meritokrasi dengan lebih berkesan dan ini bermakna
pemilihan akan lebih ketat dalam menentukan pelajar yang layak masuk ke UM
sebab kita hanya mahu pelajar yang betul-betul cemerlang sahaja,” kata Dr
Ghauth.
Mengulas mengenai kuasa autonomi yang diberikan kerajaan,
beliau melihat kebebasan yang diberikan itu sebagai satu peluang untuk
menjadikan UM lebih cemerlang pada masa akan datang.
“Untuk kita cemerlang dan berjaya, itu ada syaratnya pula
iaitu perlu lebih berkebolehan untuk menjana wang kerana di bawah autonomi jika
kita ada wang sendiri kita boleh buat apa saja termasuk penyelidikan, membawa
lebih ramai pakar seperti penerima anugerah Nobel misalnya dan sebagainya demi
kecemerlangan UM,” katanya.
Mengenai saingan dengan pusat pengajian tinggi awam lain
dalam mendapatkan pelajar cemerlang, beliau berkata beliau yakin UM memiliki
kelebihan berbanding universiti lain terutama dari segi reputasi kerana UM
merupakan antara 200 universiti terbaik dunia.
Pameran selama 28 hari tu bermula pada 2 Feb lepas
mempamerkan 45 hasil karya seni lukisan dari tiga orang karyawan tamu UM iaitu
Juhari Said, Yusof Gajah dan Maamor Jantan. -BERNAMA
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan
dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi
harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira
sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
STPM. @}>-`-,–}—-
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau
peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan
penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku
rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti
datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah
dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila
sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar
untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila
gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar
sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan
kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan
guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu
sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata
‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini
kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar
sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih
dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah
dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas
tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi
kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam
kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang
mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai
gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk
dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan
seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah
ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam
peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar
sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan
semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami
teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan
untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by
its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya
guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan
kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.
Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan
melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran
atau cuba
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka
melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar
melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang
dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api,
elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan
dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk
penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’.
Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah
tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.
Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan
lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh
badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang
telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah
berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri
dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka
yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan
oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama
masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek
kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai
iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai
pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Nak kalau pointer 3.42 agakagak lepas me
ReplyDelete