Wednesday, 13 November 2013
Monday, 11 November 2013
Warkah terakhir daripada guru Bahasa Melayu
PERHATIAN KEPADA PELAJAR PRAU PENGGAL 3:
Esok 13 November 2013 kertas Bahasa Melayu 910/3.Pastikan bahawa kesemua enam Bab telah dikuasai dengan baik.Nota ringkas yang ada gunakan secara optimum dan koleksi latihtubi yang telah dibincangkan sebelum ini disemak semula untuk kali terakhir sebelum pada pukul 11 pagi esok.
Salah satu sentuhan emas dalam proses pdp Bahasa Melayu STPM
Salah satu strategi yang digunakan oleh guru untuk membantu para pelajar menguasai isi pelajaran pada penggal 3 adalah dengan mewajibkan pelajar membuat nota ringkas bagi semua tajuk.Ada 6 Bab yang perlu dikuasai oleh para pelajar.Syukur. .pelajar-pelajar 6A4 nampaknya memberikan respon positif.Moga mereka berjaya...
Sunday, 10 November 2013
Kesalahan bahasa yang perlu dielakkan dalam penulisan esei
Berdasarkan pengalaman cikgu mengajar Bahasa Melayu, pelajar STPM banyak melakukan kesalahan di permulaan ayat,tengah ayat dan dari segi semantik.Sehubungan dengan itu,para pelajar perlu mengetahui contoh kesalahan yang lazimnya dilakukan pada setiap bahagian.
Contoh kesalahan di permulaan ayat:
1.Dewasa ini...
2.Pada masa kini...
3.Melalui...
4.Manakala...
5.Hal ini kerana....
6.Justeru.
7.Ini...
9.Terdapat...
10.Antara...
11.Tetapi...
12.Namun....
CIkgu akan cuba muatnaik.J
Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.(HR Tirmidzi)

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENGGAL SATU STPM 2014( 6 BAWAH 2013)
Salam buat anak-anak didikku tersayang. Cikgu boleh rasakan debaran degup jantung kalian yang bakal berjuang dalam pepriksaan STPM terutamanya bagi kertas Bahasa Melayu pada 20 November 2013.Sesungguhnya pada saat-saat begini,,, hanya dengan mengingati kebesaran Ilahi hati akan beroleh ketenangan....Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu para pelajar menjawab bahagian C:
1.Baca soalan esei dengan cermat dan analisis soalan mengikut isu, skop soalan dan arahan soalan sama axda bincangkan, jelaskan, sejauhmanakah , huraikan dan sebagainya.
2.Pilih soalan yang paling banyak pelajar dapat isi yang relevan kerana apabila cukup isi bermakna pelajar boleh menulis dengan jumlah perkataan mengikut arahan. (600-650).
3.Pastikan rangka karangan dan bilangan perenggan tidak lebih 8 perenggan.
4.Tandakan sempadan had tulisan di kertas jawapan. (seperti cikgu ajar formula)
5,Pastikan kertas rangka karangan sentiasa di tangan kiri semasa menulis karangan dan berikan tekanan kepada diri sendiri agar mampu menulis sepanjang 600- 650 patah perkataan.
6.Ingat,,,elakkan melakukan kesilapan bahasa kerana setiap kesalahan akan dibilang dan mungkin pelajar akan hilang markah bahasa apabila banyak melakukan kesalahan.
7.Jika rasa buntu semasa menulis...bayangkan betapa malunya apabila menjelang hari keputusan pepriksaan diumumkan nanti kita mengecewakan hati ibu bapa , guru, ...yang paling menyakitkan terpaksa baya Rm 50 UNTUK MENGULANG........
Cikgu yakin...apabila anak-anak membayangkan senario ini...pena akan bergerak laju..idea akan mencurah tanpa henti,,,,MALU itu boleh menjadi sumber motivasi juiga tau....
Kita sambung bicara pada waktu lain ya...Wan Aiman anak bongsu cikgu dari tadi merengek minta susu...cikgu akan cuba muatnaik nota cara mengelakkan kesalahan bahasa dalam esei.....Selamat Berjuang anak-anakku....
TAJUK ESEI LARAS SAINS
TEKNOLOGI HIJAU
Penemuan Diesel BioPro mempunyai
potensi besar dalam menyumbangkan kepada tenaga hijau masa hadapan.
Diesel BioPro yang menepati standard wasap EURO, adalah hasil daripada penyelidikan selama 12 tahun yang dilakukan oleh sekumpulan saintis daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Malaya (UM). Selain menawarkan bahan api alternatif, Diesel Biopro juga mampu menyelesaikan satu masalah besar yang dihadapi industri kelapa sawit – bagaimana melupuskan sisa buangan daripada kilang pemproses minyak sawit.

SATU PENEMUAN BERPOTENSI
Minyak diesel daripada sisa kelapa
sawit ini dihasilkan melalui bioproses tanpa penggunaan bahan kimia. Ia
dihasilkan melalui penggunaan enzim dan proses yang melibatkan tekanan dan suhu
yang rendah. Oleh itu Diesel Biopro boleh dianggap sebagai tenaga hijau lestari
dan ia mampu menggantikan diesel konvensional tanpa penggunanya perlu
mengubahsuai enjin kenderaan. BioPro boleh diisi terus ke dalam tangki minyak
kereta, lori, traktor, bas, lokomotif, bot nelayan, janakuasa dan
kilang-kilang.
Proses ini agak ringkas dan murah.
Kilang perintis untuk memproses diesel jenis BioPro terdapat di Fakulti
Kejuruteraan UM. Selain itu, diesel BioPro sebenarnya menawarkan satu
penyelesaian yang menarik untuk pengendali kilang minyak sawit dalam melupuskan
sisa kelapa sawit. Sekarang ini sisa kelapa sawit dibuang ke dalam kolam buatan
manusia di ladang dan apabila ia penuh, ia akan dikambus dan kolam baru pula
akan digali. Cara pelupusan ini tidak mesra alam malah boleh membawa mudarat
kepada tanah di sekitar ladang.
PELBAGAI KELEBIHAN DIESEL BIOPRO
Para pengkaji ini memaparkan pelbagai
kelebihan diesel BioPro. Diesel ini dikelaskan sebagai yang terbaik bila
dibandingkan dengan diesel komersial yang menepati standard wasap Euro 2M dan
Euro 4M. Antara kelebihan BioPro adalah ia tidak menyebabkan tembaga terhakis
sedangkan persaing-pesaingnya mencatatkan ciri hakisan tembaga. Selain itu,
diesel ini mencatatkan bacaan sifar bagi mendapan mikro karbon berbanding
dengan diesel biasa yang menepati Euro 2M dan Euro 4M.
Kandungan asid turut diperhatikan lebih rendah bagi BioPro iaitu 0.2 mg/KOH/g sedangkan diesel lain merekodkan nilai maksimum 0.25.
Kandungan asid turut diperhatikan lebih rendah bagi BioPro iaitu 0.2 mg/KOH/g sedangkan diesel lain merekodkan nilai maksimum 0.25.
SUPRA-BERSIH
Diesel BioPro ini didapati kurang
mengeluarkan jelaga ketika ia melalui ujian asap dan ini satu-satunya ciri yang
harus dibanggakan kerana akan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam ertikata lain ia bahan api supra bersih. Kajian bandingan antara diesel
BioPro dan diesel konvensional yang dilakukan menggunakan kenderaan Mitsubishi
‘pickup’ berusia 10 tahun menunjukkan kos untuk perjalanan sejauh 100 kilometer
dengan diesel biasa ialah RM28 (USD9) manakala penggunaan BioPro menyaksikan
penjimatan sebanyak RM12 (USD4) bagi jarak yang sama.
BioPro berjaya menyelesaikan masalah
melupuskan sisa kilang sawit. Ternyata menguntungkan kerana minyak supra-bersih
ditemui daripada sisa kilang sawit yang tidak dikehendaki lagi.
Selain itu, RPM atau putaran seminit
enjin kenderaan menunjukkan RPM yang dicapai oleh BioPro adalah 500 RPM lebih
rendah semasa bergerak pada kelajuan 100 kilometer sejam berbanding menggunakan
diesel konvensional.
CEKAP
Sumber tenaga yang lebih cekap
sentiasa menjadi pilihan malah ia terus menerus dicari dan dikaji.
Kandungannya yang 100 peratus sisa kilang sawit membezakan diesel jenis BioPro daripada Biodiesel yang mengandungi 80 peratus diesel dan 20 peratus minyak kelapa sawit. Satu lagi kelebihan BioPro adalah proses ini menghasilkan produk sampingan iaitu air dan sisa yang boleh digunakan sebagai baja. Inilah yang dipanggil inovasi mentransformasi sisa kepada kekayaan. Baja dan air ini boleh digunakan semula oleh syarikat yang terlibat dalam industri ini.

Dianggarkan jika kesemua 420 buah
kilang sawit di negara ini menghantar sisa sawit mereka untuk diproses menjadi
diesel BioPro, pendapatan tahunan daripada BioPro akan mencecah hampir RM40
bilion setahun. Untuk menghasilkan 25 tan diesel BioPro ini setiap hari, kilang
pemprosesan sisa sawit ini memerlukan pelaburan sehingga RM12 juta. Walaupun
begitu, pulangan daripada pelaburan itu dapat dinikmati dalam jangka panjang
dan ia merupakan satu pelaburan yang pasti tidak sia-sia. Oleh kerana diesel
ini tidak pula memerlukan pengubahsuaian pada enjin kenderaan, ini akan
memudahkan proses peralihan kepada diesel jenis BioPro.
Bolehkah BioPro menggantikan diesel
konvensional pada satu hari nanti? Tidak mustahil tetapi ia pasti akan
mengambil masa untuk menghalusi lagi diesel BioPro dan meyakinkan pengguna dan
pengeluar akan potensi diesel ini.
Masalah keresahan melampau atau ‘Obsessive
Compulsive Disorder’ (OCD) boleh memberi impak negatif yang besar terhadap
mereka yang mengalaminya.
disesuaikan daripada Bernama Jan 2012
disesuaikan daripada Bernama Jan 2012
SIMPTOM, PERASAAN, GELAGAT pesakit
yang menghidapi masalah obsesif kompulsif (OCD) atau perasaan was-was ekstrem.
Simptom penyakit ini ialah melakukan
gerakan berulang kali ketika membersih dan memeriksa, selain daripada
keterlaluan atau ekstrem dalam memikirkan aspek seksual, keganasan atau aspek
keagamaan.
Pesakit kerap merasakan dirinya tidak
bersih sehinggakan mengambil masa berjam-jam lamanya bila berada di bilik
mandi. Pesakit akan membasuh kedua-dua tangannya dan mandi berulang kali. Bukan
itu sahaja, pesakit akan jalan mengundur bila mahu keluar dari bilik mandi.
Lebih teruk lagi apabila keluar dari biliknya, pesakit akan memeriksa pintu
biliknya sama ada telah berkunci dengan membuka serta menutup pintu dan
memusingkan tombol pintu berulang kali. Banyak kali juga dia akan berpatah
balik setelah melangkah hanya beberapa meter untuk memastikan pintu itu
betul-betul dikunci. Tegasnya pesakit mempunyai perasaan serta kelakuan dan
gelagat yang ekstrem.
Kelakuan yang berulang kali seperti membuka dan menutup pintu sebanyak 20 kali sebelum meninggalkan bilik adalah untuk melegakan keresahan serta pemikiran yang mengatakan pintu bilik itu mungkin belum dikunci. Tetapi ini membuang masa dan mendatangkan stres yang hebat. Kesan paranoid sebegini boleh membuat individu itu psikotik. Masalah ini memberi kesan terhadap rutin hidup seharian. OCD merupakan masalah berpunca dari otak, seperti keresahan serta ketakutan melampau atau juga kombinasi kedua-duanya sekali.

PERLU BANTUAN, PEMAHAMAN
Mula-mula pesakit OCD perlu memahami
isu itu. Mereka perlu tahu masalah itu merupakan perasaan yang tidak boleh
dikawal seolah-olah terpaksa mereka lakukan dan tidak dapat melepaskan diri
dari perasaan ini dan melakukannya. Ini semua tanpa kawalan, seperti imej dan
impuls otak yang berlaku tanpa henti berulang kali.
JENIS WAS-WAS
Terdapat beberapa kategori bagi
mereka yang mempunyai masalah ini. Kategori pertama ialah mereka yang takut
kotor dan akan membersih tangan dan badan berulang-kali.
Kumpulan kedua rasa terpaksa
memeriksa pintu, dapur gas berulang kali bagi memastikan keselamatan dan
menjauhi bahaya. Ada yang rasa bersalah atau berdosa dan merasakan mereka perlu
lakukan sesuatu untuk mengelak daripada didenda atau dihukum. Ada juga yang
rasa obsesi dengan cara mengatur barang atas meja dan rak atau mengatur perabot
dan dekorasi di dalam rumah. Ada juga yang punya kepercayaan karut tentang
sesuatu nombor, warna atau corak dan aturan.
Langkah:
Terapi terbaik bagi mereka yang mengalami OCD ialah terapi ‘kognitif-tingkahlaku’.
Terdapat juga ubat bagi menghilangkan kemurungan tetapi ubat sahaja jarang sekali berkesan mengurangkan simptom masalah ini.

PENDEDAHAN, RESPONS
Pendedahan serta menghalang respons
berkisar kepada sumber yang menyebabkan obsesi itu. Individu itu akan dihalang
daripada melakukan aktiviti kompulsif bagi meredakan keresahannya.
Contohnya, bagi seseorang yang kompulsif dalam membasuh tangan. Beliau akan disuruh menyentuh tombol atau pemegang pintu tandas awam dan kemudian dihalang daripada membasuh tangannya. Semasa orang itu dalam keresahan, desakan untuk membasuh tangan secara ‘ritual’ (berulang kali) akan beransur hilang. Melalui cara ini, individu itu akan belajar bahawa beliau tidak perlu melakukan ritual itu dan belajar mengawal perasaan obsesif dan tingkahlaku kompulsif.

Terapi kognitif pula memberi fokus
terhadap pemikiran yang bahaya dan rasa tanggungjawab besar individu berkenaan.
Ia mengajar cara memberi respons yang sihat dan efektif terhadap pemikiran
obsesif tanpa perlu melakukan tingkah laku kompulsif.
LANGKAH MENGATASI SIMPTOM
Pesakit disedarkan bahawa pemikiran
sebegitu adalah disebabkan OCD dan katakan pada dirinya bahawa ‘ia bukan
sebenarnya saya, tetapi hanya OCD’ bagi mengingatkan tingkah laku itu adalah
mesej-mesej palsu dan tidak bermakna yang dihantar otak”. Pesakit harus memberi
fokus terhadap perkara lain walaupun hanya beberapa minit. Pesakit perlu
berkata “saya mengalami gejala OCD dan perlu melakukan sesuatu yang lain.”
BANTUAN KELUARGA
OCD boleh mengganggu hidup sosial dan
keluarga mereka yang mengalaminya.
Keluarga boleh membantu dalam memahaminya serta mengelakkan konflik daripada berlaku. Ahli keluarga boleh memberi motivasi serta sokongan terhadap individu yang menghidapi OCD.
Keluarga boleh membantu dalam memahaminya serta mengelakkan konflik daripada berlaku. Ahli keluarga boleh memberi motivasi serta sokongan terhadap individu yang menghidapi OCD.
Aktiviti riadah seperti melakukan
joging, jalan kaki, mendengar muzik dan melayari Internet semata-mata untuk
mengelakkan diri daripada tingkah laku kompulsif dan pemikiran obsesif.
Pesakit perlu melengah-lengahkan
respons, lagi lama dilengahkan, semakin hilang desakan melakukan gerak
kompulsif itu.
ELAK STRES
Sesuatu yang mendatangkan stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi episod OCD.
Pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup tanpa stres serta aktiviti yang mendatangkan relaks selain daripada mengamalkan senaman serta pemakanan yang secukupnya. Masa tidur dan rehat harus secukupnya, di samping menjauhi rokok, nikotin dan alkohol.

ELAK DARIPADA BERSENDIRIAN
Pesakit jangan bersendirian dalam mengalami masalah itu. Mereka perlu meminta bantuan, bercerita masalah kepada orang lain. Ada baiknya jika melibatkan diri dengan kumpulan sokongan dan berkongsi pengalaman. Elakkan daripada memberi komen-komen yang negatif. Mereka harus berinteraksi secara positif dalam lingkungan sosial dan anggap semuanya itu adalah satu perkara yang lucu, selanjutnya menceriakan diri sendiri.

Fakta Rokok Global
• Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.
• Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
• Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
• Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
• Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia.
• Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok!

•
FAKTA PEROKOK
MALAYSIA
• Fakta “Info Sihat” Kementerian
Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir
separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
• Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.
• Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.
• Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
• Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun.
• Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
• Ini bermakna RM5.8bilion setahun.

Asap rokok toksik! Ramai yang tahu tetapi buat
tidak tahu dan masih mahu. Malah ada yang tegar merokok meskipun nyawa sudah
seperti telur di hujung tanduk! Amalan merokok semakin menjadi budaya
melibatkan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja, baik lelaki mahu
pun perempuan. Pun bagi mereka yang mungkin tersasar jauh, merokok
berpuluh-puluh tahun, berhenti merokok bukan suatu yang mustahil!
Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok
1. Pengaruh rakan sebaya
• Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.
• Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.
• Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.
• Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.
• Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok.
• Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.
• Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama.
• Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok.

.
2. Kekeliruan identiti remaja
mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.
• Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk dikenali.
• Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman
• Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.
• Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.
• Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.
• Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka.

KESAN NEGATIF ROKOK
1. Merokok boleh menyebabkan
ketagihan.
• Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.
• Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang.
• Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.
• Penagih akan gian.
• Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.

2. Merokok mencetuskan masalah
disiplin remaja
• Bagi remaja yang terperangkap
dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani
ponteng sekolah untuk melepas gian.
• Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.
• Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.
Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri.
• Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung belanja membeli rokok.
• Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan
perokok.
• Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.
• Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.
• Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.
• Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.
• Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik serta penyakit jantung.
• Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!
• 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.
• 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit
kanser:
• Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.
• Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.
• Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.
• Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.
• Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.

5. Rokok mencetuskan sakit jantung.
• Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.
• Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan.
• Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.
• Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.

6. Rokok mengancam tumbesaran bayi
dalam kandungan ibu
• Racun asap rokok meresap ke embrio.
• Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.
• Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.
• Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.
• Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.
• Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

HALANGAN-HALANGAN YANG MENGGAGALKAN USAHA MEMBUANG
TABIAT MEROKOK.
• Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita)
• Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.
• Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok.
• Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.

1. Ibu bapa yang merokok membantutkan
usaha ini.
• Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.
• Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik.
• Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka.
• Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.
• Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .
• Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok.
• Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.

2. Kelemahan diri perokok juga
menghalang mereka mengkikis tabiat ini.
• Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak mengambil peduli
• Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.
• Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.
• Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.
• Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok
• Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.
• Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.

3. Usaha kerajaan membanteras tabiat
buruk ini juga tidak menyeluruh.
• Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini.
• Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu.
• Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.
• Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem.
• Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang
kurang berkesan juga merupakan halangan utama.
• Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa
• Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.
• Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.
• Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.
• Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-belah.
• Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih berpakaian seragam sekolah!
• Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.

5. Pengaruh iklan rokok merupakan
halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok.
• Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa.
• Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan rokok.
• Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja.
• Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja
• Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn.
Dunhill juga mengiklankan barangan mewah.
• Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar.
• Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.
• Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.

LANGKAH MEMBANTERAS TABIAT MEROKOK
1. Kempen kesedaran
§ Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen ‘Tak Nak Merokok’.
§ Pelbagai jenis media digunakan.
§ Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar yang ‘mengerikan’ di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok.
§ Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN
§ Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.
§ Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.
§ Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul
§ Mereka akan menjauhi amalan ini.
§ Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.

2. Batuan NGO
• Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai bimbingan kepada perokok tegar.
• Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.
• Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.
• khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok.
• Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.
• Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya.
• Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus

3. Dasar kerajaan
§ Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok.
§ Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.
§ Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.
§ Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.
§ Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang ditetapkan.
§ Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok.
§ Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.

PENGALAMAN SEORANG PEROKOK DALAM USAHA MEMBUANG
TABIAT MEROKOK:
• Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru.
• Separuh sel paru-paru hampir mati.
• Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
• Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.
• Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat.
• Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan.
• Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.
• Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.
• Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain.
• Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul.
• Tidak menghampiri mereka yang merokok.
• Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.
Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi ‘tidak sedap’.
• Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
• Beban menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok sewajarnya bukan
sahaja digalas kerajaan.• Pelbagai pihak perlu ‘turun padang’ dengan melaksanakan kempen kesedaran anti merokok.
TAJUK ESEI LARAS SAINS TEKNOLOGI
Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.
KEPENTINGAN
1. Pengekalan kitar hidrologi
Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.Modifikasi iklim
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.
Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.Kawal hakisan tanah
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA
1. NILAI PERUBATAN
Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser.
Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA
Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.

3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH.
Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan ketenangan mental.

4. NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”. Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.
MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI

1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka.
Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selama-lamanya.

2. Pengeksploitasian hutan tropika.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.
4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.
Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.
Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.
LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI
1. Persidangan pengurusan biodiversiti.
Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia.
120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.
3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.
Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.

Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini.
Pendidikan Formal
1. Mata pelajaran sains dan biologi
Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada manusia.

2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti
Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

Pendidikan Tidak Formal
1. Lawatan luar
Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.

2. Aktiviti biodiversiti
Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.
Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.
3. Program kesedaran
Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam sekitar dengan lebih berkesan.

→
Membawa Warga Malaysia Menyertai Jejak Inovasi
“Inovasi membezakan antara seorang pemimpin dan pengikut,” demikian yang pernah diucapkan oleh mendiang Steve Jobs, antara inovator yang disegani dunia sehingga kini, yang juga pengasas Apple Inc.
Persidangan sehari anjuran Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bertema “Melampaui Inovasi: Mengubah Idea kepada Tindakan” telah diadakan.
Cara-cara mewujudkan minda inovatif dan bagaimana untuk berada ke hadapan dalam dunia innovasi telah dikupas dalam persidangan ini. Persidangan ini menampilkan para penceramah yang tidak asing dengan subjek ini termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang meletakkan asas bagi sebuah negara inovatif semasa kepimpinannya selama 22 tahun serta eksekutif syarikat yang menerajui inovasi – antaranya Google Malaysia, Nestle (Malaysia) Berhad, GE Malaysia dan Microsoft Malaysia.
Inovasi adalah ciri semulajadi sebuah masyarakat dan negara yang dinamik, dan bagi Malaysia untuk muncul dengan inovator ‘blockbuster’ seperti Jobs dan Bill Gates dari Microsoft, kesedaran dan penerapan budaya inovasi menjadi antara pra-syarat.
Rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa kreativiti dan inovasi adalah fenomena budaya yang tidak boleh diketepikan.
Ketangkasan, satu tujuan, stamina dan disiplin yang ditunjukkan oleh para inovator blockbuster ini sesuatu yang warga Malaysia harus ambil perhatian.
MENCABAR STATUS QUO
Dr Mahathir membuka bicara dengan menekankan kepada pemikiran inovatif daripada segala segi kehidupan yang adalah cara terbaik untuk melangkah ke hadapan dan beliau kritikal terhadap rakyat Malaysia yang mahu kekal di zon selesa masing-masing.
Beliau berfikiran jauh ke hadapan apabila mengilhamkan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan projek kereta nasional Proton yang sebenarnya menempatkan negara di jejak inovasi.
“Anda perlu bertanya akan segala yang anda buat dan lihat sama ada ia boleh dibuat mengikut cara lain yang boleh membuahkan hasil yang lebih baik,” kata Dr Mahathir.
Beliau menjelaskan juga bagaimana sebuah pentadbiran inovatif yang keluar daripada kepompong undang-undang serta dasar-dasar yang lapuk mampu membawa perubahan ketara dan mempercepatkan pembangunan sesebuah negara.
Beliau berkata Malaysia perlu mencontohi Korea Selatan, yang kini berada jauh di hadapan daripada segi inovasi.
INOVATOR MALAYSIA
Walaupun belum lagi ada mereka seperti Steve Jobs dan Bill Gates di Malaysia, ini tidak bermakna negara ketandusan inovator ataupun inovasi.
Warga Malaysia sudahpun sedia maklum akan inovator tempatan seperti Tan Sri Tony Fernandez dari AirAsia tetapi terdapat ramai lagi mereka di luar sana yang masih belum menerima pengiktirafan.
Bagaimanapun, pengiktirafan bagi inovator tidak datang dengan mudah walaupun penekanan meluas diberikan terhadap inovasi seperti yang ditunjukkan oleh seorang peserta persidangan yang bertanya mengapa jurutera rekabentuk, yang lazimnya berada di barisan hadapan inovasi, mendapati sukar untuk mendapatkan pekerjaan selepas pulang dari luar negara.
Untuk ini, Dr Mahathir berkata inovator perlu rajin dalam mencari ceruk yang sesuai untuk mereka di samping mewujudkan platform sendiri di sebalik bergantung kepada yang lain .
“Minda-minda inovatif pastinya tidak menghadapi kesukaran dalam mencari jalan dan mereka sendiri yang perlu merintis jalan”, kata beliau.
SYARIKAT-SYARIKAT INOVASI
Bercakap mengenai syarikat inovatif, inovasi adalah ciri semulajadi mereka yang membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup. Dalam pasaran global yang menyaksikan citarasa pelanggan dan permintaan pasaran berubah dengan cepat, inovasi yang menentukan kelangsungan hidup syarikat-syarikat.
Bagaimanapun, ramai yang tidak mementingkan inovasi terutama apabila ia membabitkan pelaburan modal.
Bagi syarikat-syarikat, contohnya Google, seperti yang dijelaskan oleh ketua wilayahnya Sajith Sivanandan, inovasi menjadi sebahagian daripada DNA syarikat itu dan inilah yang membolehkannya berada di hadapan persaingan.
Malaysia bernasib baik kerana mempunyai syarikat-syarikat inovatif sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir, termasuk pengeluar kereta nasional Proton.
Dr Mahathir, selaku penasihat Proton, juga menjelaskan bagaimana Proton menyahut cabaran untuk muncul dengan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik – Range Extended Electric Vehicle (REEV).
“Proton tidak mengeluarkan hibrid konvensional seperti yang dilakukan oleh banyak pesaing-pesaingnya. Ia muncul dengan versinya sendiri yang mempunyai janakuasa bahan api yang mengecas semula bateri”.
Ini adalah contoh baik produk yang berdasarkan teknologi inovatif.
USAHA MENJANA LEBIH RAMAI INOVATOR
Memandangkan inovasi adalah kunci bagi kemajuan Malaysia, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah sejak dua dekad yang lepas termasuk mewujudkan Agensi Inovasi Malaysia yang dipengerusikan oleh perdana menteri.
Belanjawan 2012 yang dianggap sebagai Belanjawan Inovasi memperuntukan RM100 juta bagi kreativiti dan inovasi, yang daripada jumlah itu RM30 juta akan digunakan untuk mewujudkan ‘Market Validation Fund’ yang akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia bersama Agensi Inovasi Malaysia.
Satu lagi inisiatif ialah untuk meneruskan dengan program Jejak Inovasi (Innovation Trail) yang diusahakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk menggalakkan pembangunan idea-idea baru serta pengkomersilan produk-produk inovatif, khasnya dari kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, seperti yang ditekankan oleh Dr Mahathir dan penceramah lain, sementara kerajaan menerajui usaha menggalakkan inovasi, masyarakat dan perniagaan perlu menerimanya secara terbuka dan menyeluruh.
Karangan: Bekalan Air Bersih/Penyakit melalui air
Mempertingkat mutu bekalan air bersih
WALAUPUN negara ini mempunyai sumber air yang banyak sama ada air permukaan atau bawah tanah, pencemaran sungai memberi cabaran kepada usaha membekalkan air bersih. Pengumpulan dan pengagihan air bersih terutama untuk minuman menjadi penanda aras kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat.

Walaupun sebahagian besar penduduk negara sudah mempunyai bekalan air bersih, masih ada ruang untuk mempertingkat mutu bekalan air kepada pengguna domestik. Air paip yang kini perlu dimasak sebelum diminum boleh diproses ke satu tahap lebih tinggi, iaitu boleh terus diminum dari paip seperti bekalan air di negara maju termasuk Amerika Syarikat (AS).
Selain isu pencemaran sungai, pemanasan global juga memberi kesan kepada bekalan air bersih kerana kajian menunjukkan suhu air yang lebih tinggi sedikit akan menggalakkan pembiakan bakteria yang membawa taun. Penyelidikan Prof Dr Rita R Colwell mendapati penyakit berjangkit berkait rapat dengan alam sekitar dan amat penting untuk pengguna memahami pertukaran musim, perubahan iklim serta punca kepada penyakit berjangkit.
Profesor di University of Maryland dan Johns Hopkins University, AS itu, berkata ekologi alam sekitar memainkan peranan sangat signifikan dalam wabak penyakit dan pengulangan coraknya. Beliau berkata, organisme yang mengakibatkan taun tinggal dalam plankton atau zooplankton marin tetapi bakteria itu juga boleh hidup dalam air tawar yang mempunyai kaitan dengan plankton. Kajiannya menunjukkan wabak taun di Bangladesh meningkat ketika musim panas, iaitu ketika plankton membiak dengan banyak.
Colwell baru-baru ini mengunjungi Malaysia sebagai Wakil Khas Presiden AS Mengenai Sains ke Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam usaha negara itu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam. Beliau melawat beberapa universiti dan institusi penyelidikan seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta berbincang dengan Penasihat Sains Kerajaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid. Colwell berkata, beliau kagum dengan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia sama ada dari segi jumlah tenaga pakar atau teknologi yang dimiliki. Negara ini mempunyai lulusan ijazah doktor falsafah (PhD) yang ramai. Faktor ini membantu Malaysia untuk muncul sebagai pemimpin kepada negara Islam lain. Beliau mencadangkan universiti di negara ini menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti di AS seperti Stanford University, Purdue University, University of Maryland dan Michigan State University yang masing-masing mempunyai pakar yang mengkhusus dalam bidang tertentu teknologi air. Katanya, kerjasama itu patut dilakukan secara antara makmal dengan makmal membabitkan pertukaran penyelidik untuk tempoh kurang daripada setahun. Naib Canselor UTM, Prof Dr Zaini Ujang yang turut mengadakan perbincangan dengan Colwell, berkata negara ini akan mendapat manfaat khususnya dalam peningkatan kualiti bekalan air bersih menerusi kerjasama dengan makmal penyelidikan di AS.
Colwell yang juga Pengerusi Emeritus Canon US Life Sciences terkenal selepas penyelidikannya pada 1960-an berjaya membongkar bahawa bakteria taun boleh memasuki tahap tidak aktif dan kemudian aktif semula hingga mengakibatkan wabak. Kajiannya bermakna walaupun taun tidak merebak, sungai, tasik dan laut boleh menjadi kawasan simpanan kepada bakteria berkenaan. Penemuan itu menafikan pengetahuan sebelum itu bahawa taun hanya boleh merebak menerusi pelepasan air kumbahan. Hasil kajiannya membolehkan saintis melihat kaitan antara alam sekitar dengan wabak penyakit.
Tahun lalu, beliau menerima Anugerah Air Stockholm atas sumbangannya dalam penyelidikan kesihatan air dan rangkaian antara negara maju dengan negara sedang membangun dalam menyediakan air bersih.
Karangan: Perubahan iklim dunia
Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubah
PERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula.
Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat.

Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini.
Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini.
Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim.
Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim. Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan.
Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas.
Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku.
Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.
Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta.
Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah.
Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar. Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini.
Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.
Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai ‘geo-engineering’ berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi.
Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan.
Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara.
Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral.
Subscribe to:
Posts (Atom)