1.Baca soalan esei dengan cermat dan analisis soalan mengikut isu, skop soalan dan arahan soalan sama axda bincangkan, jelaskan, sejauhmanakah , huraikan dan sebagainya.
2.Pilih soalan yang paling banyak pelajar dapat isi yang relevan kerana apabila cukup isi bermakna pelajar boleh menulis dengan jumlah perkataan mengikut arahan. (600-650).
3.Pastikan rangka karangan dan bilangan perenggan tidak lebih 8 perenggan.
4.Tandakan sempadan had tulisan di kertas jawapan. (seperti cikgu ajar formula)
5,Pastikan kertas rangka karangan sentiasa di tangan kiri semasa menulis karangan dan berikan tekanan kepada diri sendiri agar mampu menulis sepanjang 600- 650 patah perkataan.
6.Ingat,,,elakkan melakukan kesilapan bahasa kerana setiap kesalahan akan dibilang dan mungkin pelajar akan hilang markah bahasa apabila banyak melakukan kesalahan.
7.Jika rasa buntu semasa menulis...bayangkan betapa malunya apabila menjelang hari keputusan pepriksaan diumumkan nanti kita mengecewakan hati ibu bapa , guru, ...yang paling menyakitkan terpaksa baya Rm 50 UNTUK MENGULANG........
Cikgu yakin...apabila anak-anak membayangkan senario ini...pena akan bergerak laju..idea akan mencurah tanpa henti,,,,MALU itu boleh menjadi sumber motivasi juiga tau....
Kita sambung bicara pada waktu lain ya...Wan Aiman anak bongsu cikgu dari tadi merengek minta susu...cikgu akan cuba muatnaik nota cara mengelakkan kesalahan bahasa dalam esei.....Selamat Berjuang anak-anakku....
No comments:
Post a Comment